PPSMI: Lebih kontra daripada pro
(Artikel ini agak panjang dan serius)
Saya tidak berkesempatan mengalami sendiri PPSMI. Tempiasnya ada, dahulu semasa SPM kertas soalan disediakan dalam dwibahasa, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Namun begitu, saya memilih untuk menjawab dalam bahasa Melayu kerana saya belajar dalam bahasa tersebut. Kini, saya meneruskan pengajian dalam bidang perubatan, sepenuhnya dalam bahasa Inggeris. Tiada masalah pun. Bermasalah kalau tidak bersungguh-sungguh.
Suatu hari saya melihat-lihat adik saya yang sedang mengulang kaji. Dia sedang belajar subjek sains yang kini diajar dalam Bahasa Inggeris. Sengaja saya menyoal-nyoal dengan niat untuk menguji.
Dalam buku latihannya, ada soalan dalam Bahasa Inggeris: Bryophyllum membiak guna apa? Berdasarkan bukunya, adik saya menjawab daun. Saya tanya dia, apakah 'bryophyllum'? Dia merujuk bahagian lampiran yang ada menyediakan maksud perkataan-perkataan yang sukar. Dia beritahu saya 'bryophyllum' ialah pokok setawar. Saya tanya dia apakah pokok setawar? Dia kata tak tahu. Padahal pokok itu ditanam di dalam pasu bunga di halaman rumah.
Saya lihat lagi bukunya, ada soalan tentang spring, dalam Bahasa Inggeris. Spring kenyal atau tidak? Dia jawab tidak dan disalahkan oleh gurunya. Saya kritik dia kerana soalan mudah begitu pun boleh salah.
Saya tanya kepadanya lagi, fahamkah dia apa yang diajari gurunya? Dia takut-takut nak menjawab. Dia tak faham. Saya tanya lagi, habis tu, bagaimana dia menjawab soalan-soalan dalam buku latihannya? Dia kata gurunya yang beri jawapan.
PPSMI. Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris.
Untuk mengetahui sejarah PPSMI, anda boleh merujuk sendiri di sini.
Ada yang menyokong, namun ramai yang menentang PPSMI. Masing-masing ada sebab tersendiri. Bagi pihak yang menentang, ada yang menentang kerana mempertahankan ketuanan Bahasa Melayu. Ada yang menentang sebagai isu politik. Ada yang menentang kerana kesan negatifnya.
Secara peribadi(walaupun tiada menteri yang akan menghiraukan alasan saya), saya membantah pelaksanaan PPSMI kerana saya telah melihat sendiri kesannya kepada adik-adik saya. Sekolah adik saya ialah kategori luar bandar. Mereka tidak faham apa-apa yang mereka belajar, padahal kefahaman amat penting dalam pembelajaran sains dan matematik. Guru sendiri hanya memberi jawapan dan adik-adik saya hanya menghafal jawapan.
Saya sendiri lihat sukatan pembelajaran adik-adik saya semacam sudah direndahkan tahapnya agar memudahkan pengajian mereka. Hal ini bukannya memantapkan lagi malah memundurkan. Jika ingin meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris, mantapkan mata pelajaran itu sendiri, mantapkan mata pelajaran English In Science And Technology(EST).
Bangga mereka(kementerian) mengumumkan peningkatan dalam keputusan SPM 2007, khususnya dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Padahal graf keputusan boleh dinaik-turun oleh kementerian. Malahan, peningkatan keputusan bukanlah bermakna peningkatan dalam penguasaan para pelajar.
Memang kini, ukuran kecemerlangan para pelajar ialah berdasarkan angka keputusan peperiksaan. Kemajuan dan kemodenan pula diukur pada material sahaja. Hal inilah yang menyedihkan.
Kebiasaannya, para pelajar kurang minat pada mata pelajaran Bahasa Inggeris. Maka, apabila mata pelajaran Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris, pelajar-pelajar akan hilang minat pula pada mata pelajaran tersebut.
Di luar bandar terutamanya, para pelajar kebanyakannya lemah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Maka, hal ini akan memberi kesan kepada prestasi mereka dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.
Bahasa Melayu juga ialah bahasa budaya. Oleh sebab itu, tindakan ini seperti melemahkan dan mengurangkan penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar-pelajar kini, juga menyebabkan penguasaan pelajar yang rata-ratanya ialah remaja terhadap kebudayaan Melayu semakin pupus. Umum mengetahui bahawa dasar kebudayaan Melayu kebanyakannya berlandaskan agama Islam. Sejarah membuktikan bagaimana Mustafa Kemal Attaturk memansuhkan tulisan dan bahasa Arab di Turki mengakibatkan masyarakat Turki terpisah daripada Islam. Juga Tun Dr. Mahathir menukar penggunaan tulisan jawi kepada rumi menjadikannya salah satu faktor ramai kini orang Melayu yang tidak tahu membaca Al-Quran kerana tiada asas huruf Arab.
Saya sebagai bekas pelajar luar bandar, dan abang kepada pelajar luar bandar berpendapat Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris membunuh potensi, membantut kemajuan, menyukarkan kefahaman anak-anak luar bandar dalam mata pelajaran tersebut. Itu ialah alasan saya berdasarkan pengalaman.
Lihat pula reaksi dan hasil kajian akademik beberapa pihak(rujukan mswikipedia).
1. Kanak-kanak lebih cepat belajar dalam bahasa ibunda, oleh itu kanak-kanak yang bahasa ibundanya bukan bahasa Inggeris (luar bandar) akan ketinggalan berbanding kanak-kanak yang bahasa ibundanya merupakan bahasa Inggeris. Sekiranya perkara ini berlaku pada peringkat memahami konsep, ini memberi kesan kepada kanak-kanak tersebut, tidak dapat mengikuti peringkat pembelajaran seterusnya dengan baik, menjadikan mereka sentiasa keciciran berbanding rakan-rakan berbahasa Inggeris mereka. (Rujuk sini)
2. Kajian Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina)
4. Memorandum 11 pertubuhan tersebut turut menyentuh satu laporan kajian UNESCO yang turut menegaskan bahawa pembelajaran mata pelajaran terpenting di peringkat sekolah rendah lebih sesuai diajar dalam bahasa setempat. Ini sejajar dengan resolusi pendidikan yang diluluskan oleh UNESCO (1951:691) yang berbunyi:
(On educational grounds we recommend that the use of the mother tongue be extended to as late a stage in education as possible. In particular, pupils should begin their schooling through the medium of the mother tongue, because they understand it best and because to begin their school life in the mother tongue will make the break between home and school as small as possible.)
5. Kebanyakan cendekiawan antaranya Prof Diraja Ungku Aziz termasuk golongan sasterawan dan budayawan menyatakan penentangan kepada dasar PPSMI. Ini termasuk kesemua Sasterawan Negara yang masih hidup di antaranya A. Samad Said dan Prof Muhammad Hj Salleh bersatu menyatakan pendirian menentang dasar PPSMI. (Rujuk sini)
6. Datuk Dr Anwar Ridhwan turut melahirkan pendapat mempertikaikan PPSMI:

- Kajian "Tahap Kompetensi Guru dalam PPSMI serta Implikasinya terhadap Pembangunan Modal Insan Murid" mendapati dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) membantutkan tahap kecerdasan murid serta merugikan generasi akan datang. Kajian ini mendapati PPSMI hanya mampu menunjukkan peningkatan minimum kepada penguasaan bahasa Inggeris sebanyak empat peratus dan pada masa yang sama mengurangkan minat untuk mempelajari subjek Sains dan Matematik. (Rujuk sini)
- menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.
- 75% pelajar setuju belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris mendatangkan masalah pemahaman dan 77% setuju bahawa bahasa Melayu mampu menyampaikan Sains dan Matematik dengan berkesan.
- Kajian sama yang dibuat ke atas guru pula mendapati 96% guru setuju pelajar semakin kurang minat dalam Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris dan 98% guru setuju pelajar mempunyai masalah memahami Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.
- Sampel bagi kajian ini adalah seramai 971 orang pelajar bumiputera dan bukan bumiputera dalam aliran kebangsaan dan jenis kebangsaan di bandar dan luar bandar. Sementara bagi guru ia melibatkan 43 orang guru yang berpengalaman mengajar 1 hingga 20 tahun berumur melebihi 25 tahun pada tahun kajian dibuat. (Rujuk sini)
4. Memorandum 11 pertubuhan tersebut turut menyentuh satu laporan kajian UNESCO yang turut menegaskan bahawa pembelajaran mata pelajaran terpenting di peringkat sekolah rendah lebih sesuai diajar dalam bahasa setempat. Ini sejajar dengan resolusi pendidikan yang diluluskan oleh UNESCO (1951:691) yang berbunyi:
"Berkenaan kepentingan pendidikan, kami menggesa supaya bahasa ibunda digunakan selama yang boleh dalam semua peringkat pendidikan. Ini lebih-lebih lagi penting supaya kanak-kanak memulakan pendidikan mereka dalam bahasa ibunda sebagai bahasa penghantar, kerana itulah bahasa yang sangat mereka fahami, dan penggunaan bahasa ibunda akan menghapuskan kelainan antara bahasa di rumah dan bahasa di sekolah."Kalau dalam bahasa 'PPSMI'nya:
(On educational grounds we recommend that the use of the mother tongue be extended to as late a stage in education as possible. In particular, pupils should begin their schooling through the medium of the mother tongue, because they understand it best and because to begin their school life in the mother tongue will make the break between home and school as small as possible.)
5. Kebanyakan cendekiawan antaranya Prof Diraja Ungku Aziz termasuk golongan sasterawan dan budayawan menyatakan penentangan kepada dasar PPSMI. Ini termasuk kesemua Sasterawan Negara yang masih hidup di antaranya A. Samad Said dan Prof Muhammad Hj Salleh bersatu menyatakan pendirian menentang dasar PPSMI. (Rujuk sini)
6. Datuk Dr Anwar Ridhwan turut melahirkan pendapat mempertikaikan PPSMI:
"Adalah suatu ironi dan tragedi apabila bangsa yang sedang berkuasa di sesebuah negara, tidak menggariskan wawasan yang besar dan realistik tentang masa depan bahasanya, sebaliknya meminggirkan bahasanya ke sudut pentas kehidupan utama bangsa dan negara," katanya dalam ucap utama di perhimpunan terbesar sasterawan muda Malaysia.
"Jika sesuatu dasar, seperti dasar PPSMI ini hanya memberi faedah kepada segelintir pelajar, tetapi dalam masa yang sama mengecewakan begitu banyak pelajar luar bandar, ceruk dan pedalaman, maka dasar itu boleh dianggap gagal.
"Para pelajar di luar bandar, ceruk dan pedalaman bukan sahaja tidak dapat mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris mereka melalui pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik, malah lebih malang lagi tidak dapat menguasai ilmu sains dan matematik yang disampaikan bukan melalui bahasa ibunda mereka.
"Jika kegagalan itu berterusan, dan dianggap remeh pula oleh kementerian yang berkenaan, maka satu generasi pelajar luar bandar, ceruk dan pedalaman (kebanyakannya Melayu) menjadi mangsa kepada dasar yang tidak adil ini.
"Akibat kegagalan itu, mereka akan terlepas peluang pekerjaan yang lebih baik." (Rujuk sini)
4 comments:
personally,ppsmi ni bagus tapi!!!!!!!
yang ni aku xsetuju..
1)perlaksaan yg terburu2..
2)perlaksaan yg tidak menyuluruh..
3)perlaksaan yg tidak mendapat kerjasama..
kesannya..
1)budak2 jadi bodoh..robot!belajar je tapi xtahu ape2..
2)pengusaan sains dan matematik dikalangan pelajar akn menurun..
3)hilang minat dalam matapelajaran tersebut..
cadangan..
1)sistem sekarang dh ok..biar masuk matrik@u br blajar dalam bi..sbb spnjg kte di skul menengah..kita dh pun terdedah dengan bi..aku rse sepanjang dr skul rendah sampai menengah..sume dh blaja bi..so,xde mslh utk blajar bi di pengajian tggi..
2)buat secara menyeluruh..mksd aku ialah memberi pendedahan awl kepada bdk2..tidak secara mngejut..mmg bdk2 terkejut..susah nk mnguasai
3)lebihkn praktikal daripada teori..sama2 penting benda2 ni..teori pun penting dan praktikal pun penting..imbangkan dia..tgklah kes adik ko..nsb baik adik aku terlepas~~
aku tahu xde menteri bace..tp sje2..heheheheh..ade menteri dbp..azrul azly zarul fuad..hehehhe
Assalamualaikum wbt.
saya alami sendiri mengajar budak bandar yang rata2 antara mereka juga agak ketinggalan mempelajari sains dan matematik daam bahasa iggeris apatah lagi yang di luar bandar..
buku teks yang ditulis sepenuhnya dalam bahasa inggeris tetap diajar dalam bahasa melayu dan soalan2 dalam bahasa inggeis perlu diterjemahkan dahulu oleh guru dalam bahasa melayu supaya murid2 faham dan boeh menyelesaikn masalah.
kalaulah pelajar kelas terdepan pun kondisiya begitu, bayangkanlah pelajar di kelas belakang.
saya yang tidak bijak ini pun matematik moden tidak pernah kurang dari 95% setiap kali peperiksaan tetapi adik yang bersekolah di sekolah sains mengatakan bahawa matematik moden sangat susah! semuanya kerana bahasa inggeris.
kita yang mengambil bidang perubatan mngkin boleh memahami bahasa inggeris dengan baik kerana IQ berkembang seiring dengan perkembangan umur. tetapi bayangkanlah pelajar2 yang berusia 14 tahun belajar subjek sains dengan perkataan2 pelik dalam bahasa iggeris. cikgu yang mengajar pun buka kamus!
walaupun saya suka akan bahasa inggeris tetapi saya tidak menyokong PPSMI.
bercakap berdasarkan pendapat dan teori semata, dan tidak langsung bersandarkan pengalaman dan penilaian pada permulaannya menyebabkan aku lebih menyetujui pelaksanaannya. Kerana pada pendapat aku, sesuatu yang ingin dijadikan dasar oleh kerajaan pastinya telah diselidik dan dikaji terlebih dahulu oleh mereka sebelum diluluskan.
Tapi tidak sempat untuk mengetahui pro di sebalik pelaksanaan, aku terlebih dahulu mendengar kontra yang meragukan pelaksanaannya. Dan ianya timbul daripada mereka yang tidak sealiran dengan kerajaan. Maka di sini aku melihat bahawa perkara ini macam dipolitikkan untuk membangkang dan menyalahkan kerajaan semata.
Terima kasih atas pencerahan. Semoga selepas ini kita ada stand @ pendirian yang jelas berdasarkan pengalaman kita sendiri atau orang lain, bukan sekadar menjadi pak turut @ pak angguk
Terima kasih sebab sudi baca dan kongsi pandangan...
Post a Comment