Thursday, May 21, 2009

'Subuh' Yang Terpinggir

Gambar: http://klikharry.wordpress.com/2007/01/11/

Pendakwah yang aktif tidak seharusnya mengabaikan pembinaan diri. Kejayaan dakwah dipengaruhi oleh peribadi pendakwah. Agak tidak molek jika pendakwah itu melaungkan kalimah dakwah sedang dirinya terabai tidak kira daripada aspek akal, rohani dan jasmani. Sedikit perkongsian untuk sahabat-sahabat, penilaian untuk diri sama-sama. Salah satu sudut kecil yang sebenarnya besar sering dipandang ringan iaitu solat subuh.

Pernah seorang Yahudi berkata:
'Mereka (Umat Islam) tidak akan dapat mengalahkan kami (Kaum Yahudi) selagi mana mereka tidak menyempurnakan solat subuh mereka seperti mana mereka menunaikan solat Jumaat'
Golda Meir – Perdana Menteri Negara Haram Israel ke-4
Jadi, kalau Subuh tidak ramai kerana kita tak bangun, maka kitalah punca Islam tidak menang-menang. Astaghfirullah...


Antara fadilat solat Subuh (dipetik daripada Riyadussalihin Imam Nawawi. Ada beberapa lagi hadis lain yang boleh dirujuk):
Dari Abu Musa r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w.
bersabda: "Barangsiapa yang bersembahyang shalat bardain - yakni shalat Subuh dan shalat Asar, maka ia akan masuk syurga." (Muttafaq 'alaih)

Merujuk buku Apa Erti Komitmen Aktivis Dakwah (Muhammad Abduh):

Para aktivis dakwah tidak boleh terlepas daripada memiliki ciri rabbaniyyah dalam menelusuri perjalanan dakwahnya.Aktivis dakwah yang sebenarnya ialah orang yang paling banyak ibadahnya kepada Allah, tunduk, taat serta merendahkan diri di hadapan-Nya.

Kekurangan seorang aktivis dalam aspek ini akan menghancurkan peribadi aktivis itu sendiri. Ini kerana dia kehilangan etika dan teladan dalam dakwahnya.Bagaimana mungkin dia mampu menyeru manusia yang lainsedangkan dia lupa terhadap dirinya atau tidak dapat mememenuhi kewajipan-kewajipannya. Ibadah pada prinsipnya akan mampu menambahkan keimanan dalam hati.


Kalau nak 'exam' kita boleh 'stay up', kenapa tidak Subuh.

Oleh sebab itu, mari kita sama-sama perbaiki aspek tersebut agar dakwah kita lebih berkesan kepada hati-hati manusia dan tidak tergolong dalam golongan yang hanya berkata-kata.


4 comments:

Si pairidaeza May 21, 2009 at 6:27 AM  

yeay~btol2 ape yg ko ckpkan tu!!

aku menyaport 100%!!hehehe..

nell,aku skrg dh makin lewat ni..addooii~tlg aku eh nell..

bestnye org abes exam~

- ismisyakila - May 30, 2009 at 1:50 PM  

Assalamualaikum wbt.

dulu saya tidak faham kenapa ada kempen mengajak para2 ikhwah berjemaah di masjid. rupanya susah juga mengumpulkan mereka di masjid.

hafeez June 12, 2009 at 8:25 PM  

"Jadi, kalau Subuh tidak ramai kerana kita tak bangun, maka kitalah punca Islam tidak menang-menang. Astaghfirullah..."

'Antara fadilat solat Subuh (dipetik daripada Riyadussalihin Imam Nawawi. Ada beberapa lagi hadis lain yang boleh dirujuk):

Dari Abu Musa r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w.
bersabda: "Barangsiapa yang bersembahyang shalat bardain - yakni shalat Subuh dan shalat Asar, maka ia akan masuk syurga." (Muttafaq 'alaih)'

#saya katakan: ya akhi, menganjurkan sahabat2 kita solat subuh di masjid adalah mulia, dan ia thabit dalam hadith. Namun dgn menyatakan kita x ramaikan subuh dan kita juga yang punca tidak menangnya Islam agak janggal. Kita judge berdasarkan perkataan Yahudi atas umat Islam? Penghujahan yang bukan cara ulama' salaf! Dan hadith ini nyatakan fadilat solat subuh dan dalam waktu yang sama ia memang solat maktubah. Berjamaah adalah amat dianjurkan Nabi SAW tapi fuqaha' secara jumhur nyatakan ia nya tidak wajib. Wallahu a'lam. Moga ada istifadah pada kita.

Ibnu Fuad June 13, 2009 at 1:56 PM  

Terima kasih atas reaksi dan teguran.

Cuma fasal kenyataan solat jemaah 'tidak wajib' harap tidak dijadikan alasan untuk meringan-ringankannya.

Solat jemaah juga hukumnya sunat muakkad(sunat yg dituntut). Malah Rasulullah s.a.w. selepas hijrah ke Madinah berterusan melakukannya tanpa meninggalkannya hatta dalam peperangan.